Ampang (15min dari KL)

Sunat Lelaki Dewasa

u

Apa itu Sunat

Sunat adalah prosedur pembedahan kecil untuk membuang hujung kulit yang menutupi zakar.

u

Perlukah Sunat

Antara sebab perlu bersunat adalah kerana tuntutan agama islam, kerana penyakit, atau untuk menjaga kebersihan pada daerah kemaluan.

u

Adakah Sunat Sakit

Prosedur sunat dilakukan dengan menggunakan ubat pelali atau tahan sakit setempat, dengan cara suntikan. Pesakit tidak akan merasa sakit sepanjang proses sunat.

Inilah Yang Terjadi Jika Anda Bersunat.

Sunat atau dikenali juga dengan khitan adalah satu prosedur pembedahan kecil dimana hujung kulit kemaluan lelaki dipotong dan dijahit. Sunat biasa dilakukan pada kanak-kanak muslim berusia dibawah 12 tahun kerana merupakan suatu ibadah menurut agama islam, selain dapat meningkatkan kebersihan di daerah hujung kemaluan lelaki.

Namun begitu, terdapat juga segelintir golongan dewasa, umumnya yang beragama bukan islam, mula sedar akan kepentingan bersunat untuk menjaga kebersihan, sehingga mereka melakukan prosedur ini.

Sunat lelaki dewasa menjadi suatu hal yang semakin sering ditemui di klinik-klinik, terutama di kuala lumpur dan selangor. Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan peredaran arus zaman, masyarakat yang bukan beragama islam, mudah untuk mendapat maklumat tentang kelebihan bersunat.

Antara kelebihan bersunat adalah bahagian kemaluan lelaki menjadi bersih. Kulit lebihan di hujung kemaluan lelaki, mudah menjadi tempat membiaknya kuman, kerana menjadi tempat najis air kencing disingkirkan. Ini sekaligus mengurangkan risiko terjadinya infeksi, bukan sahaja kepada lelaki, bahkan kepada isteri, sewaktu berhubungan suami isteri.

Antara kelebihan lainnya adalah memberikan tingkat kepuasan yang lebih tinggi dan berkualiti kepada lelaki sewaktu melakukan hubungan kelamin.

Sekiranya isteri anda sering mengalami jangkitan pada daerah kemaluan, seperti gatal-gatal, ruam kemerahan, keputihan dan kencing tidak lawas, besar kemungkinan anda (suami) adalah penyebab kepada masalah ini, bahagian kemaluan anda kotor (pada orang dewasa yang belum sunat) telah menjangkiti bahagian kemaluan isteri saat berhubungan.

Terdapat juga pasangan suami isteri non muslim yang sukar mendapat anak, dan apabila bersunat, jelas kelihatan kotoran terkumpul pada daerah kemaluan si suami. Bakteria atau kulat yang mungkin terkumpul di kulit lebihan ini, boleh mengurangi kualiti sperma atau telur lelaki, sehingga sukar mendapat zuriat.

Lelaki Yang Tidak Bersunat Adalah 3 Kali Lebih Berisiko Untuk Mendapat Jangkitan Pada Kemaluan, Berbanding Lelaki Yang Bersunat.

Infeksi pada hujung penis (gland penis) dikenali dalam dunia perubatan sebagai BALANITIS. Jika jankgkitan mengenai hujung penis dan hujung kulit penis (foreskin), keadaan ini dikenali dengan BALANOPOSTHITIS. Kadang-kadang pesakit tidak menunjukkan sebarang tanda / gejala sehinggalah jangkitan ini menjadi teruk !

Jangkitan ini boleh dirawat dengan antibiotik  pada kebiasaannya, melainkan jika bakteria / kulat telah kebal terhadap banyak antibiotik/antikulat. Mereka yang mempunyai lebih dari satu pasangan kelamin, adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding mereka yang hanya mempunyai seorang pasangan kelamin.

Jika anda disahkan oleh doktor untuk menghidap penyakit balanitis atau balanoposthitis ini, bergantung kepada tahap keparahan anda, doktor biasanya akan memulakan terapi dengan antiobiotik selama beberapa hari dan kemudian setelah itu barulah melakukan prosedur sunat untuk memaksimalkan proses penyembuhan dan mengawal penyakit daripada tersebar ke tempat lain.

Antara Masalah Kesihatan Yang Mungkin Perlu Disunat Adalah Phimosis atau Paraphimosis.

Kenapa penyakit ini perlu dilakukan operasi adalah :-
– Sakit ketika kemaluan tegang (ereksi)
– Infeksi pada daerah hujung kemaluan / kulitnya
– Infeksi saluran air kencing berulang (simptom : kencing sakit, kencing menitits dll)

Kongsikan informasi ini dengan kawan dan pasangan anda. Sukar mendapatkan servis ini di Malaysia, bantulah mereka!

<div class="sharethis-inline-share-buttons"></div>