Ampang & Shah Alam
frequently asked questions adult circimcision

Soalan Yang Selalu Ditanya

Questions We Received Frequently

(** Baca Jawapan kami / ** Read Our Answers)

Adakah Sunat Ini Sakit? - Is Circumcision Painful?

  • Semasa prosedur sunat, TIDAK akan berasa sakit kerana sudah diberi ubat bius (pelali). Pesakit hanya merasa sedikit sakit ketika doktor hendak menyuntik ubat bius. Teknik ini juga digunakan pada kanak-kanak.

———————————-

  • During the circumcision, patient will NOT feel any pain because of the painkiller injection given. Patient only feel slight pain during the painkiller injection. The same technique is used for children.

Berapa Hari Boleh Sembuh? - How Long to Recover?

  • Kami jelaskan bahawa 90% luka akan sembuh dalam waktu satu (1) hingga dua (2) minggu selepas sunat. Baki 10% perlu waktu lagi empat (4) minggu untuk sembuh total. Ini kerana benang akan menjadi daging selepas total waktu enam (6) minggu.

———————————-

  • We explain to all patient that 90% of the circumcision wound will heal in one (1) to two (2) weeks time. The remaining 10% will need another 4 weeks to completely heal. This is because the stitch we use, will turn into flesh after a total of six (6) weeks time.

Teknik Apa Dipakai? - What Technique Used?

  • Kami HANYA menawarkan servis sunat menggunakan Teknik Laser Dan Jahit. Selepas laser, kami jahit lagi. Benang TIDAK perlu dibuka. Ia akan cair sendiri.

———————————-

  • We ONLY provide circumcision using Laser With Stitch Method. After laser, we stitch. The thread will dissolve by itself, NO NEED to come for thread removal.

Kerja Macam Mana? - How About Our Work?

  • Kami sangat anjurkan rehat penuh selama 5 hari selepas sunat. Hari ke-6 boleh pergi kerja sekiranya terpaksa masuk kerja. Namun jika anda dapat berehat penuh selama 7 hari, adalah sangat membantu untuk luka cepat sembuh.

———————————-

  • We advised 5 full days of rest after circumcision. Day-6 onwards you can go to work if you have to. However, if you can rest for 7 full days, it will help the wound to cure better.

Boleh Saya Dapat MC? - Can I Get MC?

  • Biasanya boleh. Hubungi terus dengan staff klinik untuk kepastian, sebelum melakukan sunat.

———————————-

  • Usually can. However please re-confirm directly with clinic staff, before proceed with circumcision.

Perlu Pakai Kain? - Need to Wear "Sarong"?

  • Tidak Perlu. Selepas sunat, anda boleh pakai seluar yang longgar dan boleh memandu kereta / motor pulang ke rumah. Kami anjurkan anda untuk datang dengan ahli keluarga atau pasangan, supaya mereka boleh memandu anda pulang.

———————————-

  • Not necessary. Right after circumcision, you can wear short pants or loose trousers and drive car / ride motorcycle home. We recommend you to come with family member or spouse, so they can drive you home.

Prosedur Lama Ke? - How Long is The Procedure?

  • Seorang pesakit lelaki dewasa memerlukan dalam 45 minit sahaja waktu untuk prosedur sunat. Sekiranya ada kelainan seperti phimosis, dalam 1 jam sahaja.

———————————-

  • An adult circumcision will only need approximately 45 minutes to complete. Phimosis cases will need about 1 hour of procedure time.

Doktor Lelaki? - Done by Male Doctor?

  • Ya betul. Prosedur sunat lelaki dewasa hanya dilakukan oleh Doktor Lelaki sahaja. Doktor kami adalah doktor melayu muslim.

———————————-

  • Yes correct. Male adult circumcision is done by a Male Doctor Only. Our doctor is Malay Muslim Doctor.

Doktor Pakar Ke? Done by Specialist?

  • Tidak. Doktor kami bukan doktor pakar, hanya doktor umum. Namun kami berpengalaman dalam 10 tahun melakukan prosedur sunat kanak-kanak mahupun dewasa.
  • Prosedur sunat adalah prosedur kompetensi biasa yang Pembantu Pegawai Perubatan (MA) pun layak melakukannya.
  • Hanya kes sunat yang sulit seperti micropenis, hypospadia & beberapa kes lagi yang WAJIB dilakukan oleh doktor pakar bedah kerana perlu dilakukan rekonstruksi alat kelamin. Jika doktor kami menjumpai masalah ini, kami tidak akan lakukan sunat, kami akan rujuk kes ke hospital pakar.

———————————-

  • No. Our doctor is not a specialist, only general practice doctor (GP). We are general doctor with 10 years of field experience in doing circumcision for adult and child.
  • Circumcision is a normal procedure where even a Medical Assistant is competent to perform it.
  • Only difficult cases such as micropenis, hypospadia & several others are COMPULSORY to be done by a specialist surgeon as the private part needs reconstruction. If our doctor run into cases like this, we will not do it and will definitely refer to hospital.

Ada Risiko Tak? - Is there any Risk?

  • Ya. Semestinya. Semua perkara ada risikonya. Makan panadol juga ada risiko rosak buah pinggang jika lebih dosisnya.
  • Risiko sunat adalah lebih besar pada dewasa. Ini kerana luka sunat lebih besar, pesakit dewasa selalu ereksi (penis mengeras) dan saluran darah lebih besar. Perkara ini menyebabkan luka lebih lambat sembuh & lebih mudah berdarah berbanding kanak-kanak.

———————————-

  • Yes, absolutely. There is a risk for everything. Even consuming Panadol can cause kidney damage, if wrong dosage are given.
  • Risk for adult circumcision is bigger than children. This is due to the wound is bigger, adult tend to have erection, and bigger blood vessels. These condition causes a relatively bigger risks and longer time for complete healing.

Ada Cara Kurangkan Risiko? - Any Way to Reduce Risk?

  • Ya. Semestinya. Kami mengamalkan prosedur sunat yang selamat untuk mengurangkan risiko terjadinya komplikasi.
  • Caranya, sunat hanya dilakukan dengan temujanji (tiada walk-in). MAKSIMUM DOKTOR HANYA SUNAT 10 ORANG PER HARI. Doktor akan lebih rileks, teliti dan tidak terkejar-kejar waktu untuk melakukan prosedur.
  • Kami juga akan punya waktu untuk TEKANKAN perkara penting tentang penjagaan luka selepas sunat kepada pesakit.

———————————-

  • Yes, absolutely. We practice safe surgery to reduce the risk of complication.
  • By practicing, circumcision only by appointment (no walk-in). WE ONLY DO MAXIMUM 10 PATIENTS PER DAY. This way, doctor is more relax, particular and not in a hurry to perform the surgery.
  • We will also have ample time to EMPHASIZE the importance of after-surgery wound care to our patients.

Kenapa Caj Harga Murah? - Why the Cheap Price?

  • Harga kami kompetitif. Namun harga akan naik dari semasa ke semasa, sesuai dengan harga ubat-ubatan serta peralatan yang sentiasa naik. Ada pesakit kami yang memberitahu, prosedur sunat di Hospital Swasta mencecah RM3000. Ini dibuat dalam ruang operasi dan pesakit diberikan bius tidur. Manakala di klinik kami, hanya bius setempat sahaja yang diberikan. Kami tidak melakukan bius tidur.

———————————-

  • Our price is competitive. However, our price will increase over time as the cost of medicine and equipment increases. Our previous patient told us the cost of circumcision at Private Hospital can be up to RM3000. This is because the procedure is done inside an operating theather and patient is put to sleep anesthesia. Where in our clinic, we only do local (penis) anesthesia injection.
t

Klinik Kerajaan Buat Tak? - Govt Clinic Offer Surgery?

  • Tidak. Klinik dan Hospital Kerajaan Malaysia TIDAK melakukan sunat, melainkan jika ada indikasi seperti hypospadia, micropenis, dan seumpamanya. Hanya klinik swasta dan hospital swasta sahaja yang menawarkan servis ini.

———————————-

  • No. Goverment clinic and hospital in Malaysia DO NOT offer circumcision unless there is a clear indication such as hypospadia, micropenis, and so on. Only private clinic and hospital offer this service.

Ada Risiko Tersalah Potong? - Any Risk of Miscutting?

  • Risiko tersalah potong sangat jarang terjadi. Daripada berpuluh ribu sunat yang dilakukan sejak berzaman lamanya (sejak sebelum zaman Nabi Isa lagi !!), hanya sangat sedikit kes kurang bernasib baik.
  • Lebih mudah terjadi pada KANAK-KANAK. Waktu prosedur, mereka meronta-ronta ketakutan, tidak kooperatif dan penis mereka kecil. Doktor yang melakukan prosedur terlalu banyak dalam satu hari juga menyebabkan sunat dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa sehingga boleh tersalah potong.
  • Pada dewasa, sangat jarang terjadi kerana orang dewasa boleh memberikan kerjasama yang baik, penis mereka lebih besar dan sudah terbentuk sempurna.

———————————-

  • Risk of miscutting is very rare. Out of tens of thousands of circumcision done for many years now (even before Jesus time !!), only very few unfortunate events occured.
  • Usually OCCUR IN CHILDREN, who cannot stay still during procedure, uncooperative due to scared and relatively small penis.
  • In adults, is very rare. As adult can cooperative well, the penis is bigger and well formed.

Tiada Teknik Klamp? - No Clamp Technique?

  • TIADA. Kami hanya melakukan sunat dengan teknik pisau atau laser. Ini kerana teknik ini lebih cepat sembuh.
  • Dengan Teknik klamp (alis klamp dan seumpamanya), anda akan sakit 2 kali. Waktu klamp dipasang dan waktu klamp dibuka.
  • Jika klamp melekat pada penis, waktu dibuka akan lebih sakit berbanding pemberian suntikan ubat tahan sakit untuk sunat laser.

———————————-

  • NOPE. We only perform circumcision using knife or laser technique. This is because this technique heal faster.
  • By using clamp technique (alis clamp and others), you will experience the pain twice. Pain while putting the clamp on and while removing the clamp.
  • If the clamp is stucked while its being removed, you will feel more pain compared to the painkiller injection before a laser circumcision is done.

Boleh guna Insurans? - Can claim Insurance?

  • Tidak boleh. Sila rujuk dengan polisi insurans / kad medikal anda. Majoriti insurans tidak membenarkan untuk sunat.
  • Kami juga TIDAK mengamalkan KLAIM INSURANCE PALSU (klaim rawatan lain tapi sebenarnya untuk sunat).

———————————-

  • Cannot. Refer to your insurance / medical card policy. Majority of them wont allow for circumcision.
  • We NEVER PRACTICE alteration or FAKE INSURANCE CLAIM.

Perlu periksa dulu? - Need checkup first?

  • TIDAK PERLU. Majoriti pesakit sunat kami sebelum ini, buat temujanji dan terus sunat pada hari yang sama.
  • TIDAK WAJIB periksa darah melainkan ada masalah pembekuan darah / jangkitan kuman serius (eg: HIV, Hepatitis).
  • Jika anda tidak pasti perlukan sunat atau tidak, boleh datang untuk pemeriksaan dahulu, namun tetap perlukan temujanji kerana doktor lelaki tidak ada setiap hari. (Kos konsultasi sahaja biasanya dalam RM20)

———————————-

  • NO NEED. Majority of our past circumcision patients, make appointment and straight away get circumcised on the same day.
  • NOT COMPULSORY to have a blood test unless you have blood clotting problem and serious infectious disease (eg: HIV, Hepatitis).
  • If you are not sure whether you need circumcision or not, you can come for consultation first. However still need to schedule appointment, as male doctor is not always around. (Consultation cost is usually around RM20)

Persediaan untuk Sunat ? - Preparation for Circumcision

  • YA, SEMESTINYA ADA. Dapatkan temujanji dahulu.
  • Persediaan sebelum sunat akan diberikan sebelum hari temujanji beserta alamat penuh klinik.
  • Penjagaan Luka selepas sunat akan diberikan selepas prosedur selesai.

———————————-

  • YES, OF COURSE. Book your appointment first.
  • Preparation before circumcision and full clinic address will be given prior to appointment day.
  • Wound care after circumcision will be given after the procedure is done.

** Prosedur untuk temujanji ada pada web halaman harga di atas.
Appointment procedure is available at the price webpage above.